Wednesday, 6 December 2017

Sejarah Dunia Yang Direka!! Baca Dan Renungkan!!!

SILA LIHAT RAJAH GARISMASAMENGENAL DIRI DI SINhttps://garismasamengenaldiri.blogspot.com.tr/2017/12/garis-masa-mengenal-diri-untuk-rujukan.html



Dunia ini mungkin telah berumur ribuan atau jutaan tahun. Sebelum turun Nabi Adam dan Siti Hawa ke bumi, bumi ini sudah ada penghuni selain manusia. Berapa lama tidaklah diketahui dengan tepat. Nabi Adam dan Siti Hawa ADALAH MANUSIA PERTAMA YANG HADIR DI BUMI. Mereka berdua melahirkan zuriat yang ramai. Keturunan mereka berkembang biak dengan cepat dan mereka bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Bagaimana mereka boleh menjadi pelbagai bangsa dan keturunan adalah suatu yang manarik untuk dikaji. 

Walau bagaimana pun bumi terus berputar tanpa henti dari satu masa ke masa yang lain dan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kejayaan dan kehancuran suatu zaman akan dikenang dan ditulis dalam catatan sejarah oleh mereka yang hidup setelahnya. Tetapi harus diingat, sejarah boleh direka-reka oleh manusia. Siapa yang menang, maka merekalah yang memiliki kuasa atas pencatatan sejarah dan menyebarkannya. 

Ada sejarah yang sengaja dipendam, ada juga yang diputarbelitkan kejadiannya. Ada misi terselubung di sebalik pemalsuan sejarah dan penipuan fakta. Garis sejarah peradaban manusia yang diajarkan di sekolah-sekolah rendah, bahkan sampai ke peringkat universiti pun, sejarah umat manusia selalu merujuk pada teori purbakala dan evolusi. 

Kononnya manusia ini bermula dari zaman pra-sejarah, zaman Batu, kemudian zaman Gangsa, kemudian zaman Logam, dan terakhir zaman Modern di mana kita hidup hari ini. Konon manusia zaman dahulu tidak mengetahui apa-apa, tidak ada bahasa, dan tidak tahu bercucuk tanam. Kemudian berkembang sedikit demi sedikit hingga mencapai kemajuan. Itulah sejarah yang ditanam ke dalam pemikiran umat manusia hari ini.

Tanyalah siapa saja, nescaya garis masa seperti itulah yang akan dijawab oleh mereka. Apabila disebut zaman purba, kebanyakan manusia akan membayangkan sekelompok manusia yang tinggal di dalam gua. Benarkah seperti itu garis peradaban manusia? Bukankah Al-Qur’an telah menceritakan tentang masa-masa lampau. Bukankah Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa adalah manusia pertama yang Allah turunkan di muka bumi.

Apakah kedua manusia mulia ini tidak boleh bertutur dan berbicara? Apakah mereka berdua langsung tidak menguasai sebarang bahasa untuk berkomunikasi? Benarkah mereka tidak tahu bercucuk tanam dan berternak? Tidak. Bahkan mereka sebenarnya telah pandai berkata-kata dan memiliki pengetahuan yang banyak. Sebagaimana termaktub di dalam Al-Qur’an,
وَعَلَّمَ ءَادَمَ اسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِى بِأَسْمَآءِ هؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ.

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman, “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”(QS. Al-Baqarah: 31)

Jelaslah bahawa Nabi Adam dan Siti Hawa telah mengetahui nama-nama benda, seluruhnya. Allah Ta’ala yang menyatakan hal ini dan Dia yang mengajarkan nama-nama benda itu kepada dua manusia nenek moyang manusia.

Masa berikutnya adalah masa di mana Nabi Nuh hidup dan membina umatnya. Tidak ada yang boleh menafikan, bahawa Nabi Nuh mampu membuat bahtera untuk menyelamatkan manusia-manusia yang mengimani ajarannya. Lihatlah bagaimana Al-Qur’an berbicara tentang masa itu,“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami…”(QS. Hud: 37)

Di dalam ayat yang lain diceritakan,“Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).”(QS. Al-A’raf: 64)

Bukti selanjutnya, adalah pada masa Nabi Daud. Jika di dalam pelajaran sejarah 
dikatakan, dahulu adalah zaman batu dan belum mengenal logam, maka itu adalah pemalsuan sejarah. Bagaimana tidak? Nabi Daud yang hidup ratusan tahun sebelum masehi, mukjizat Baginda ialah membuat baju besi, dan tentu peralatan lainnya yang berasaskan besi. Lihatlah bagaimana Al-Qur’an berbicara tentang masa itu,“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).”(QS. Al-Anbiya’: 80)

Bukti lain yang mempertegas lemahnya teori purbakala adalah penemuan sebuah artifak yang unik peninggalan peradaban bangsa Babylion. Dan setelah dikaji, para ilmuan berkesimpulan, bahwa artifak tersebut adalah sebuah bateri!!!. Ini menunjukkan, bahwa ratusan abad sebelum Michael Faraday menemukan letrik, manusia bumi telah mengenal dan menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupannya.

Dan masih banyak lagi bukti-bukti yang akan melemahkan teori purbakala dan teori evolusi.

Bagaimana Al-Qur’an Memaparkan Sejarah Masa Lampau?
Al-Qur’an yang tidak lagi diragukan kebenarannya, menggunakan nama-nama nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contoh:“…pada masa kerajaan Sulaiman…”(QS. Al-Baqarah: 102)“…sesudah Nabi Musa…”(QS. Al-Baqarah: 246)“…sesudah Nabi Nuh…”(QS. Al-Isra’: 17)
Masih banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang terjaga kebenarannya hingga akhir zaman bercerita tentang peradaban masa lalu. Dan cerita peradaban masa lalu di dalam Al-Qur’an berpedoman dengan masa-masa para nabi diutus kepada manusia, bukan seperti teori evolusi yang diusung oleh Charles Darwin. Garis masa peradaban manusia dimulai dari masa Nabi Adam, kemudian Idris, Nuh, Hud, Soleh, dan seterusnya hingga rasul terakhir Muhammad saw.

Inilah cara yang benar untuk mengkaji sejarah peristiwa-peristiwa di masa lampau, yakni mengkaji berdasarkan nabi-nabi yang telah diutus. Dengan begitu kita akan mengetahui seberapa tinggi peradaban pada masa itu, dan bagaimana peradaban mereka yang maju boleh hancur dan musnah tak tersisa. Seperti peradaban kaum Tsamud, kaum Luth, kaum ‘Âd, dan kaum-kaum zaman dahulu lainnya. Di antara mereka ada yang beriman kepada Allah dan ada yang kufur kepada Allah.

Sejarah umat-umat terdahulu yang sepatutnya dapat kita petik pelajaran darinya, tetapi telah ditutup-tutup oleh sekelompok manusia yang entah memiliki tujuan apa. Tapi yang pasti, kita umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka orang-orang Kristian  dan yahudi. Carles Darwin dan teman-temannya, dengan teori Evolusinya, adalah dalang di balik pemalsuan sejarah umat terdahulu.

Umat terdahulu yang pernah hidup dengan tahap peradaban yang tinggi, justeru telah diubah dengan teori evolusi dan purbakala. Peradaban manusia yang sedemikian maju di masa lalu, disamarkan dengan menyuarakan bahawa manusia awalnya tidak berperadaban, kemudian mengalami kemajuan sedikit demi sedikit.

Dalam hal ini, mereka berhasil mengelabui umat Islam. Kaum muslimin lebih akrab dengan teori evolusi dan purbakala berbanding sejarah peradaban yang diungkapkan oleh Al-Qur’an. Manusia umum lebih percaya bahawa manusia zaman dahulu tidak berperadaban. Bahkan, yang lebih ekstrim, dunia percaya bahawa nenek moyang manusia adalah kera!! Padahal, jelas-jelas disebutkan dalam Al-Qur’an bahawa manusia adalah anak cucu Nabi Adam (Bani Adam), bukan keturunan kera.

Akhir kata, perbaharuilah wawasan sejarah kita dan perbaikilah cara berfikir kita. Jangan sampai doktrin yang mereka tanamkan kepada kita dan anak-anak kita, merosakkan cara berfikir kita semua. Mari kita kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang merupakan pedoman dan sumber ajaran Islam.
Wallahu A’lam

Fasa-fasa Pemerintahan Islam



Sabda Nabi SAW tentang fase-fase pemerintahan Islam di muka bumi sebagai berikut:

Ertinya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas, dan hadis-hadis lain serta fakta-fakta sejarah, urutan adanya pemerintahan Islam dapat dituliskan sebagai berikut:

Pemerintahan Nabi Muhammad SAW (sampai dengan tahun 11H/632M)

Pemerintahan Khulafaur Rasyidin (632M ~ 661M) (khalifah 4)

Pada zaman kerajaan-kerajaan Islam, selepas khulafa ar Rasyidin, hanya beberapa khalifah saja yang diakui sebagai khalifah bagi seluruh umat Islam seperti khalifah-khalifah berikut ini:

Umar bin Abdul Aziz 717H ~ 720H
(https://id.wikipedia.org/wiki/Umar_bin_Abdul-Aziz)

Salahuddin al Ayyubi (1174M ~ 1193M) (
https://id.wikipedia.org/wiki/Salahuddin_Ayyubi )

Muhammad al Fateh 1444M ~ 1446M & 1451M ~ 1481M
( https://en.wikipedia.org/wiki/Mehmed_II)
Kemudian pemerintahan para khalifah Islam yang lain, termasuk Bani Ummayah, Bani Abbasiyah , Turki Usmani (661M sampai dengan 1924M)

Zaman tanpa pemerintahan Islam (1924M sampai dengan sekarang, dan masih berlanjut sampai datangnya Imam Mahdi)

Zaman pemerintahan Imam Mahdi (
sekitar 30 ~ 40 tahun)

Zaman pemerintahan Nabi Isa a.s.

Zaman pemerintahan Al Qahtani (sekitar 9 tahun)

Jika kita anggap, misalnya Imam Mahdi memerintah mulai pada tahun 2020, maka beliau akan memerintah sehingga tahun 2050. Setelah itu akan dilanjutkan oleh pemerintahan Nabi Isa dan Al Qahtani, yang tidak disebutkan berapa lama. Setelah itu seluruh umat Islam akan dimatikan secara serentak di muka bumi yang bererti adalah akhir umur umat Islam. Setelah itu di muka bumi hanya akan ada orang bukan Islam, dan dunia tinggal menunggu datangnya kiamat. Ada yang mengatakan tahun 2072 sebagai akhir umur umat Islam, nampaknya masih berdekatan dengan kajian hadis tentang Imam Mahdi.

Allah lah yang maha mengetahui

Tuesday, 5 December 2017

Sejarah Peradaban Dan Kemunculan Agama di Dunia

Sebelum memahami sejarah kemunculan agama-agama di atas muka bumi ini, kita terlebih dahulu perlu mengetahui sejarah peradaban manusia dan tamadun-tamadun yang menjadi pusat kemunculan agama tersebut. 
 
Buat pengetahuan, dunia ini diperintah oleh manusia sejak turunnya nabi Adam sebagai seorang Khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkannya. Bumi seterusnya diperintah oleh anak-anak nabi Adam. Kemudian, keturunan nabi Adam bernaung dibawah pemerintahan nabi Idris sebagai satu umat manusia yang berkerajaan. 
 
Inilah tamadun yang terawal dalam sejarah peradaban manusia. Manusia pada zaman awal telah memiliki tamadun yang agung.Namun semua ini musnah gara-gara kesombongan manusia ketika mereka menguasai dunia ini. Manusia telah melupakan Allah lalu memilih jalan-jalan maksiat sebagai pedoman hidup. Hal ini mengundang kemurkaan Allah lalu Dia mengirimkan banjir besar bagi melenyapkan segala peradaban ini. 
 
Sehingga kini, kerajaan-kerajaan tersebut masih menjadi sebuah misteri. Sedikit sahaja informasi berkaitan hal ini kita peroleh.Selepas peristiwa banjir besar, umat manusia hanya terdiri daripada keturunan nabi Nuh melalui tiga putera baginda iaitu Sam, Yafits dan Ham. Hanya sekitar 80 orang yang terselamat daripada banjir besar tersebut kerana menaiki bahtera nabi Nuh. 
 
Mereka ini kembali mendirikan tamadun manusia yang hebat setelah terdamparnya bahtera tersebut di bukit Judiy. Keturunan Sam mendirikan semula kerajaan di seluruh kawasan selatan bukit Judiy. Keturunan Yafits pula menguasai seluruh kawasan di utara bukit Judiy. Manakala keturunan Ham pula jauh mengembara ke seluruh kawasan barat dan beberapa kawasan timur dari bukit Judiy. 
 
Keturunan mereka mendiami kawasan-kawasan tersebut dan membina sebuah kehidupan serta tamadun yang baharu.Kota-kota seperti Sumeria, Akkad, Ur dan sebagainya adalah hasil usaha keturunan Sam. Kota-kota yang mula wujud pada tahun 3500 sebelum masihi (SM) ini lebih dikenali sebagai tamadun Mesopotamia. Tamadun ini dibina di antara Sungai Tigris (Dajlah) dan Sungai Euphrates (Furat). 
 
Peperangan sering berlaku antara warga kota tamadun Mesopotamia bagi menguasai dataran yang subur tersebut.Sekitar tahun 3200 SM, Raja Namer (Menes) menyatukan kota-kota yang didiami keturunan Ham di utara dan selatan sungai Nil. Dia mengasaskan sebuah kerajaan yang dikenali sebagai tamadun Mesir Purba. Selain itu, terdapat segolongan manusia yang mula mengasas kerajaan di timur dunia pula. Mereka mendirikan kerajaan di Sungai Indus pada tahun 2500 SM. Kerajaan ini dikenali sebagai tamadun Indus 
 
Pada sekitar tahun 2300 SM pula, muncul seorang penakluk agung daripada keturunan Ham yang bernama Namrud bin Kush. Namrud menawan serta menyatukan kota-kota dalam tamadun Mesopotamia di bawah satu pemerintahan. Dia turut membina sebuah kota yang amat agung bernama Babel. Kota ini dijadikan pusat pemerintahannya.Namrud membina sebuah kerajaan yang merangkumi kawasan di barat, timur, selatan dan sebahagian utara. Lama-kelamaan kota ini berevolusi menjadi sebuah empayar yang pertama di dunia. 
 
Empayar ini dikenali sebagai empayar Babylon. Kerana inilah Namrud (Naram Sin) ingin digelar sebagai Raja Empat Penjuru Alam. Malah dia turut memaksa rakyat jelata menyembahnya sebagai Tuhan. Keimanan manusia ketika itu telah rosak gara-gara mematuhi arahan tersebut.Manusia yang mendiami kerajaan-kerajaan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah bergelumang dengan kesyirikan. 
 
Ketika inilah munculnya nabi Ibrahim bagi membawa agama Islam yang lurus (Hanif) kepada manusia. Allah mengutus nabi Ibrahim untuk menyebarkan agama Tauhid ini kepada seluruh kaumnya yang mendiami kerajaan-kerajaan agung ketika itu. Semua manusia ketika itu amat mengenali nabi Ibrahim terutamanya setelah baginda siap membangunkan semula Kaabah. 
 
Seruan nabi Ibrahim agar manusia menyembah Tuhan yang maha Esa didengari oleh seluruh manusia di Timur dan Barat. Nabi Ibrahim juga menyeru agar manusia menghormati dan menziarahi Kaabah. Nabi Ibrahim digelar Abul Anbiya’ (Bapa Para Nabi) kerana nabi Ibrahim dan keturunan baginda berjaya membawa manusia mengenali semula agama Tauhid. 
 
Sejak ini, agama monotheism berkembang semula di seluruh kerajaan manusia sama ada di timur mahupun barat berkat dakwah nabi Ibrahim. Agama Tauhid ini kemudiannya terus disebarkan oleh para nabi yang diutuskan kepada kaum masing-masing. Dalilnya dalam ayat surah Yunus petikan ayat 47 iaitu, “Dan bagi setiap umat ada seorang Rasul yang diutuskan (kepada mereka)”. 
 
Agama Tauhid tersebar luas sebelum ianya dicemari semula oleh manusia yang mewarisinya pada kemudian hari. Sejarawan menggelarkan zaman ini sebagai zaman peningkatan tamadun.Setelah lama tamadun Mesopotamia menghias pentas sejarah, datang pula Maharaja Cyrus pada tahun 550 SM yang membentuk empayar Parsi Dinasti Achaemenid. Penguasaan tamadun Mesopotamia dilenyapkan oleh keturunan Maharaja Cyrus pada tahun 539 SM. 
 
Empayar Farsi turut menjajah kerajaan Mesir Purba pada tahun 525 SM. Kemudian, datang pula seorang penakluk dari Makedonia yang bernama Maharaja Alexander (sebutan Arabnya, al-Iskandar) lalu meranapkan seluruh empayar Parsi pada tahun 330SM. Dia menyebarkan budaya dan penguasaan kaum Yunani (Hellenistik) lalu mengasaskan empayar Yunani (Greek). 
 
Empayar ini merupakan empayar yang amat besar kerana merangkumi sebahagian kerajaan Mesir Purba sehingga sebahagian tamadun India.Setelah kematian Maharaja Alexander, empayar ini berpecah menjadi tiga bahagian kerana terlampau besar. Empayar ini dibahagi-bahagikan oleh jeneral tentera Maharaja Alexander. 
 
Bahagian barat yang merupakan kawasan Mesir Purba dikuasai oleh Jeneral Ptolemy I Soter. Kawasan ini kemudiannya dikenali sebagai kerajaan Mesir Purba dinasti Ptolemaic.Kawasan timur pula adalah kawasan yang dikuasai oleh Jeneral Seleucus I Nicator. Kawasan ini dinamakan empayar Seleucid. Ianya bersempadan dengan empayar Maurya (tamadun India) dan kerajaan Ptolemaic. 
 
Empayar Seleucid kemudiannya digugat oleh bangsa Syria, Parsi dan sebagainya. Bangsa Parsi giat memberontak bagi menumbangkan kekuasaan empayar Seleucid. Beberapa dinasti empayar Parsi tertegak semula setelah tumbangnya empayar Seleucid. Bangsa Parsi mendirikan semula peradaban mereka. Antara dinasti Empayar Parsi yang popular dalam lipatan sejarah ialah Dinasti Sassanid.Kawasan utara bekas empayar Yunani pula dikuasai oleh penduduk setempat di kawasan tersebut. 
 
Lama-kelamaan, kawasan ini ditawan pula oleh bangsa Latin. Mereka ingin meluaskan tanah jajahan Republik Rom. Tamadun bangsa Latin (Rom) perlu diteliti satu persatu kerana tamadun ini begitu kompleks untuk dihuraikan.Buat pengetahuan pembaca, tamadun Rom bermula dengan kisah lagenda Remus dan Romulus sebagai orang yang pertama mendiami Lembah Latium. Kemudian dengan terbinanya kota Rom, tamadun ini berkembang pesat pada tahun 753 SM sewaktu dibawah pemerintahan Romulus iaitu raja yang pertama di situ. 
 
Pada tahun 509 SM, tamadun ini mula dikenali sebagai Republik Rom setelah tamatnya corak pemerintahan secara monarki. Corak pemerintahan republik muncul kerana berlaku pertikaian antara orang-orang Etruscan dengan golongan bangsawan Latin (Patrician) bagi memerintah semenanjung Itali.Republik Rom berkembang pesat lalu mereka mula menjajah kawasan sekitar. Mereka menawan kota bangsa Yunani dan kota yang terdapat di semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal). Mereka juga mula menyerang kerajaan Mesir Purba dinasti Ptolemaic. 
 
Kemuncak kegemilangan Republik Rom adalah ketika mereka menguasai sebahagian besar kota-kota di kawasan eropah termasuklah di Perancis dan Jerman.Oleh kerana keluasan Republik Rom terlampau besar, terjadilah perebutan kuasa dalam kalangan Senator. Senator ialah barisan Patrician yang memerintah republik ini melalui sistem konsul. Perebutan kuasa tersebut mengakibatkan sering berlakunya perang saudara. Sebagai contoh, Senator Julius Caesar menjadi praetor (panglima tentera) lalu memimpin pasukannya menentang pasukan Jeneral Pompey.
 
Setelah Julius Caesar memenangi peperangan tersebut, dia menamatkan sistem pemerintahan republik. Dia menggunakan sistem diktator bagi memerintah Rom lalu bergelar Maharaja. Setelah kematian Julius Caesar, takhta Rom diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Maharaja Octavian. Maharaja Octavian giat berperang dengan Empayar Mesir Purba dinasti Ptolemaic.Ketika itu, Mesir Purba diperintah oleh Ratu Cleopatra dan dibantu oleh musuh Maharaja Octavian iaitu Marc Anthony. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Actium. 
 
Setelah Maharaja Octavian memenangi peperangan ini, dia menawan Mesir Purba. Maharaja Octavian dengan rasminya mendirikan Empayar Rom pada tahun 27 SM lalu dia digelar Augustus Caesar. Dia juga menawan saki-baki empayar Seleucid di Timur.Kemuncak Empayar Rom adalah pada ketika separuh benua eropah termasuklah wilayah Britain dijajah oleh mereka. Kerana inilah Empayar Rom disebut sebagai pengasas ketamadunan bangsa-bangsa eropah.Pada abad ketiga, empayar Rom mengalami krisis yang menyebabkan empayar ini sering berperang dan terpisah-pisah. 
 
Empayar Rom dipecahkan kepada dua bahagian secara rasminya oleh maharaja Diocletian pada tahun 285 Masihi. Empayar Rom diperintah oleh beberapa Raja dalam waktu yang sama.Kemudian, pada tahun 330 Masihi, Maharaja Constantine I memindahkan pusat pentadbiran empayar Rom ke kota bangsa Greek iaitu kota Byzantium. Dia menukar nama kota tersebut menjadi kota Kontantinople. Dialah yang membawa masuk agama Kristian kedalam empayar Rom setelah asas ajaran nabi Isa diubah olehnya agar selari dengan agama pagan masyarakat Rom kuno. 
 
Oleh itu, terbentuklah empayar Rom Timur atau dikenali sebagai empayar Byzantine di wilayah Greece dan empayar Rom barat yang berpusat di semenanjung Itali. Namun, pada 4 September tahun 476 Masihi, puak Germanik menyerang empayar Rom barat lalu melenyapkan institusi beraja tamadun tersebut. Bermulalah Zaman Gelap bagi bangsa eropah sebelah barat . 
 
Pada abad kelima dan keenam, Rom barat tidak begitu menonjol kerana peradaban ini sedang dirundung kegelapan. Oleh itu, tamadun yang menguasai dunia ketika zaman hayat Rasulullah SAW ialah empayar Byzantine dan empayar Farsi dinasti Sassanid. Peperangan sering berlaku di bahagian Rom barat. Suku Frank, Germanik, Rom dan Brittania berlumba-lumba untuk menguasai wilayah tersebut. 
 
Setelah lama berperang, maka wujudlah satu pemerintahan dan kerajaan baharu yang digelar Empayar Suci Rom. Empayar ini dianggap sebagai pewaris empayar Rom barat. Begitulah sejarah menceritakan kewujudan kerajaan-kerajaan awal bangsa eropah. Empayar Rom sama ada di timur mahupun barat, kedua-duanya berasal daripada leluhur yang serumpun walaupun mereka sering berperang sesama sendiri.Setelah kita memahami situasi politik dunia ini, barulah kita dapat memahami situasi sosial manusia yang menjadi elemen penting dalam setiap tamadun tersebut.