Dunia
ini mungkin telah berumur ribuan atau jutaan tahun. Sebelum turun Nabi Adam dan
Siti Hawa ke bumi, bumi ini sudah ada penghuni selain manusia. Berapa lama tidaklah
diketahui dengan tepat. Nabi Adam dan Siti Hawa ADALAH MANUSIA PERTAMA YANG HADIR DI BUMI. Mereka berdua melahirkan zuriat yang ramai. Keturunan
mereka berkembang biak dengan cepat dan mereka bertebaran ke seluruh pelusuk
dunia. Bagaimana mereka boleh menjadi pelbagai bangsa dan keturunan adalah
suatu yang manarik untuk dikaji.
Walau
bagaimana pun bumi terus berputar tanpa henti dari satu masa ke masa yang lain
dan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kejayaan dan kehancuran suatu
zaman akan dikenang dan ditulis dalam catatan sejarah oleh mereka yang hidup
setelahnya. Tetapi harus diingat, sejarah boleh direka-reka oleh manusia. Siapa
yang menang, maka merekalah yang memiliki kuasa atas pencatatan sejarah dan menyebarkannya.
Ada
sejarah yang sengaja dipendam, ada juga yang diputarbelitkan kejadiannya. Ada misi
terselubung di sebalik pemalsuan sejarah dan penipuan fakta. Garis sejarah peradaban manusia
yang diajarkan di sekolah-sekolah rendah, bahkan sampai ke peringkat universiti
pun, sejarah umat manusia selalu merujuk pada teori purbakala dan evolusi.
Kononnya
manusia ini bermula dari zaman pra-sejarah, zaman Batu, kemudian zaman Gangsa, kemudian
zaman Logam, dan terakhir zaman Modern di mana kita hidup hari ini. Konon
manusia zaman dahulu tidak mengetahui apa-apa, tidak ada bahasa, dan tidak tahu
bercucuk tanam. Kemudian berkembang sedikit demi sedikit hingga mencapai
kemajuan. Itulah sejarah yang ditanam ke dalam pemikiran umat manusia hari ini.
Tanyalah
siapa saja, nescaya garis masa seperti itulah yang akan dijawab oleh mereka.
Apabila disebut zaman purba, kebanyakan manusia akan membayangkan sekelompok
manusia yang tinggal di dalam gua. Benarkah seperti itu garis peradaban
manusia? Bukankah Al-Qur’an telah menceritakan tentang masa-masa lampau.
Bukankah Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa adalah manusia pertama yang Allah
turunkan di muka bumi.
Apakah
kedua manusia mulia ini tidak boleh bertutur dan berbicara? Apakah mereka
berdua langsung tidak menguasai sebarang bahasa untuk berkomunikasi? Benarkah
mereka tidak tahu bercucuk tanam dan berternak? Tidak. Bahkan mereka sebenarnya
telah pandai berkata-kata dan memiliki pengetahuan yang banyak. Sebagaimana
termaktub di dalam Al-Qur’an,
وَعَلَّمَ ءَادَمَ اسْمَآءَ
كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِى بِأَسْمَآءِ
هؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ.
“Dan
Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman, “Sebutkanlah kepada-Ku
nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”(QS. Al-Baqarah:
31)
Jelaslah
bahawa Nabi Adam dan Siti Hawa telah mengetahui nama-nama benda, seluruhnya.
Allah Ta’ala yang menyatakan hal ini dan Dia yang mengajarkan nama-nama benda
itu kepada dua manusia nenek moyang manusia.
Masa
berikutnya adalah masa di mana Nabi Nuh hidup dan membina umatnya. Tidak ada yang
boleh menafikan, bahawa Nabi Nuh mampu membuat bahtera untuk menyelamatkan
manusia-manusia yang mengimani ajarannya. Lihatlah bagaimana Al-Qur’an
berbicara tentang masa itu,“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan
petunjuk wahyu Kami…”(QS. Hud: 37)
Di
dalam ayat yang lain diceritakan,“Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami
selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami
tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka
adalah kaum yang buta (mata hatinya).”(QS. Al-A’raf: 64)
Bukti
selanjutnya, adalah pada masa Nabi Daud. Jika di dalam pelajaran sejarah
dikatakan, dahulu adalah zaman batu dan belum mengenal logam, maka itu adalah
pemalsuan sejarah. Bagaimana tidak? Nabi Daud yang hidup ratusan tahun sebelum
masehi, mukjizat Baginda ialah membuat baju besi, dan tentu peralatan lainnya
yang berasaskan besi. Lihatlah bagaimana Al-Qur’an berbicara tentang masa
itu,“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna
memelihara kamu dalam peperanganmu; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada
Allah).”(QS. Al-Anbiya’: 80)
Bukti
lain yang mempertegas lemahnya teori purbakala adalah penemuan sebuah artifak
yang unik peninggalan peradaban bangsa Babylion. Dan setelah dikaji, para ilmuan
berkesimpulan, bahwa artifak tersebut adalah sebuah bateri!!!. Ini menunjukkan,
bahwa ratusan abad sebelum Michael Faraday menemukan letrik, manusia bumi telah
mengenal dan menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupannya.
Dan
masih banyak lagi bukti-bukti yang akan melemahkan teori purbakala dan teori
evolusi.
Bagaimana
Al-Qur’an Memaparkan Sejarah Masa Lampau?
Al-Qur’an
yang tidak lagi diragukan kebenarannya, menggunakan nama-nama nabi sebagai
ukuran masa dalam sejarah. Contoh:“…pada masa kerajaan Sulaiman…”(QS.
Al-Baqarah: 102)“…sesudah Nabi Musa…”(QS. Al-Baqarah: 246)“…sesudah Nabi
Nuh…”(QS. Al-Isra’: 17)
Masih
banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang terjaga kebenarannya hingga akhir zaman
bercerita tentang peradaban masa lalu. Dan cerita peradaban masa lalu di dalam
Al-Qur’an berpedoman dengan masa-masa para nabi diutus kepada manusia, bukan
seperti teori evolusi yang diusung oleh Charles Darwin. Garis masa peradaban
manusia dimulai dari masa Nabi Adam, kemudian Idris, Nuh, Hud, Soleh, dan
seterusnya hingga rasul terakhir Muhammad saw.
Inilah
cara yang benar untuk mengkaji sejarah peristiwa-peristiwa di masa lampau,
yakni mengkaji berdasarkan nabi-nabi yang telah diutus. Dengan begitu kita akan
mengetahui seberapa tinggi peradaban pada masa itu, dan bagaimana peradaban
mereka yang maju boleh hancur dan musnah tak tersisa. Seperti peradaban kaum
Tsamud, kaum Luth, kaum ‘Âd, dan kaum-kaum zaman dahulu lainnya. Di antara
mereka ada yang beriman kepada Allah dan ada yang kufur kepada Allah.
Sejarah
umat-umat terdahulu yang sepatutnya dapat kita petik pelajaran darinya, tetapi
telah ditutup-tutup oleh sekelompok manusia yang entah memiliki tujuan apa.
Tapi yang pasti, kita umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka orang-orang
Kristian dan yahudi. Carles Darwin dan
teman-temannya, dengan teori Evolusinya, adalah dalang di balik pemalsuan
sejarah umat terdahulu.
Umat
terdahulu yang pernah hidup dengan tahap peradaban yang tinggi, justeru telah diubah
dengan teori evolusi dan purbakala. Peradaban manusia yang sedemikian maju di
masa lalu, disamarkan dengan menyuarakan bahawa manusia awalnya tidak
berperadaban, kemudian mengalami kemajuan sedikit demi sedikit.
Dalam
hal ini, mereka berhasil mengelabui umat Islam. Kaum muslimin lebih akrab
dengan teori evolusi dan purbakala berbanding sejarah peradaban yang
diungkapkan oleh Al-Qur’an. Manusia umum lebih percaya bahawa manusia zaman
dahulu tidak berperadaban. Bahkan, yang lebih ekstrim, dunia percaya bahawa
nenek moyang manusia adalah kera!! Padahal, jelas-jelas disebutkan dalam
Al-Qur’an bahawa manusia adalah anak cucu Nabi Adam (Bani Adam), bukan keturunan
kera.
Akhir
kata, perbaharuilah wawasan sejarah kita dan perbaikilah cara berfikir kita.
Jangan sampai doktrin yang mereka tanamkan kepada kita dan anak-anak kita, merosakkan
cara berfikir kita semua. Mari kita kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang
merupakan pedoman dan sumber ajaran Islam.
Wallahu
A’lam
No comments:
Post a Comment