Wednesday, 29 November 2017

Tamadun Para Nabi Dan Rasul Telah Lama Maju

Kita diajar untuk mempercayai adanya zaman batu, adanya teori evolusi dan hanya kebelakangan ini sahaja kita baru mengecapi nikmat hidup di dunia yang serba moden. Ada internet, ada kapal terbang, ada makanan segera, ada ubat2 moden, ada kemudahan tenaga elektrik dan lain2. Dulu2 manusia hanya duduk di gua2, memakai baju2 yang diperbuat daripada kulit haiwan, buta ilmu dan tidak pandai berkomunikasi baik secara tulisan mahupun pertuturan. Benarkah begini?


Sebenarnya manusia telah lama moden semenjak Nabi Adam a.s. diturunkan lagi. Manusia2 telah lama melalui zaman moden mengikut tahap dan keupayaan generasi masing2 dan dihancurkan berkali2. 

Mengenali rasul2 utusan Allah bererti mengenali garis masa tamadun2 manusia. Sesetengah daripada tamadun2 ini jauh lebih moden daripada keadaan kita sekarang ini. Berikut adalah garis masa tamadun2 tersebut.

1. Nabi Adam Alaihissalam. 
Isterinya Hawa. Pada mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke alam Duniawi.

2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama memajukan ilmu menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.

3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan kuat berfikir.

7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

10 Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.

11 Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

12 Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

13 Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.

15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah. Dikurniakan kitab Taurat (Torah).

16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Dikurniakan kitab Zabur. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sama puteranya Nabi Sulaiman.

18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau yang hebat selama 3 tahun.

20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus). Kemudian Baginda kembali meneruskan tugas setelah keluar daripada perut ikan nun.

22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan dikurniakan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran di akhir zaman.

25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah. Dikurniakan kitab Al-Quran.

Lima rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding rasul2 lain dalam menyampaikan dan menegakkan agama Allah ialah:
1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam

Inilah sebenarnya garisan masa tamadun2 yang wajar dikaji. Sesetengah tamadun2 ini telah dibinasakan dan sesetengahnya diazab kerana perlakuan melampau tamadun masing2. Semoga bermanfaat difikir kan.

Sunday, 26 November 2017

Negara-Negara Di Dunia

Antarabangsa
 

AFRICA [54]
Northern Africa/Afrika Utara
Southern Africa/Afrika Selatan
Western Africa/Afrika Barat
Eastern Africa/Afrika Timur
Middle Africa/Afrika Tengah

1. Algeria
2. Angola
3. Benin
4. Botswana
5. Burkina Faso
6. Burundi
7. Cameroon
8. Cape Verde
9. Central African Republic
10. Chad
11. Comoros
12. Congo/Republic of the Congo
— — Brazzaville
13. Cote d’Ivoire/Ivory Coast
14. Djibouti
15. Egypt/Mesir
— — Bir Tawil
— — Hala'ib
16. Equatorial Guinea
17. Eritrea
18. Ethiopia/Habsyah
19. Gabon
20. Gambia/The Gambia
21. Ghana
22. Guinea
23. Guinea-Bissau
24. Kenya
— — Lamu
25. Lesotho
26. Liberia
27. Libya
28. Madagascar
29. Malawi
30. Mali
31. Mauritania
32. Mauritius
33. Morocco/Maghribi
— — Sahrawi Arab Democratic Republic/Western Sahara
34. Mozambique
35. Namibia
36. Niger
37. Nigeria
38. Rwanda
39. Sao Tome and Principe
40. Senegal
41. Seychelles
42. Sierra Leone
43. Somalia
— — Somaliland
44. South Africa
45. South Sudan
46. Sudan
— — Abyei
— — Darfur
47. Swaziland
48. Tanzania
— — Zanzibar
49. Togo
50. Tunisia
51. Uganda
52. Zaire/Democratic Republic of the Congo
— — Kinshasa
53. Zambia
54. Zimbabwe

— Canary Islands (Spain)
— Ceuta (Spain)
— Melilla (Spain)
— French Southern Territories/Iles Eparses (France)
— — Bassas da India
— — Europa Island
— — Glorioso Islands
— — Juan de Nova Island
— — Tromelin Island
— Mayotte (France)
— Reunion (France)
— Madeira (Portugal)
— Pantelleria (Italy)
— Pelagie Islands (Italy)
— Saint Helena, Ascension and Tristan da Cunha (United Kingdom)
— Socotra (Yemen)

ANTARCTICA

— Adelie Land/Terre Adelie (France)
— Amsterdam Island (France)
— Antartica (Chile)
— Argentine Antarctica (Argentina)
— Autralian Antarctic Territory (Australia)
— Bouvet Island (Norway)
— British Antarctic Territory (United Kingdom)
— Crozet Islands (France)
— Heard and McDonald Islands (Australia)
— Kerguelen Islands (France)
— Macquarie Island (Australia)
— Marie Byrd Land
— New Zealand Subantarctic Islands (New Zealand)
— Peter I Island (Norway)
— Prince Edward Islands (South Africa)
— Queen Maud Land (Norway)
— Ross Dependency (New Zealand)
— Saint Paul Island (France)

ARCTIC


ASIA [42]

Western Asia/Asia Barat
Eastern Asia/Asia Timur
Southeastern Asia/Asia Tenggara
Southern Asia/Asia Selatan
Central Asia/Asia Tengah

1. Afghanistan
2. Bahrain
3. Bangladesh
4. Bhutan
5. Brunei
6. Cambodia/Kampuchea
7. China/People’s Republic of China
— — Hong Kong
— — Macau
— — Paracel Islands (China)
— — Tibet
— — Xinjiang/Huijiang/Uyghuristan/East Turkestan
8. India
— — Andaman and Nicobar Islands
— — Kashmir/Cashmere
9. Indonesia
— — Aceh
10. Iran/Parsi
11. Iraq/Babylonia
— — Kurdistan
12. Japan/Jepun
— — Senkaku Islands/Diaoyu Islands/Pinnacle Islands (Japan)
13. Jordan
14. Kazakhstan
15. Kuwait
16. Kyrgyzstan
17. Laos
18. Lebanon/Lubnan
19. Malaysia/Tanah Melayu
— — Johor
— — Kedah
— — — Pulau Perak
— — Kelantan
— — Malacca/Melaka
— — — Pulau Besar
— — — Pulau Nangka
— — Negeri Sembilan
— — Pahang
— — Penang/Pulau Pinang
— — — Tanjung/Georgetown
— — — Pulau Aman
— — — Pulau Betong
— — — Pulau Gedung
— — — Pulau Jerejak
— — — Pulau Kendi
— — — Pulau Rimau
— — — Nibong Tebal
— — — Bukit Mertajam
— — — Kubang Semang
— — — — Penanti
— — — Bagan/Butterworth
— — — Balik Pulau
— — Perak
— — Perlis
— — Sabah
— — Sarawak
— — Selangor
— — Terengganu
— — Wilayah Persekutuan
— — — Kuala Lumpur
— — — Labuan
— — — Putrajaya
20. Maldives/Maladewa
21. Mongolia
22. Myanmar/Burma
— — Arakan/Rakhine
23. Nepal
24. North Korea/Democratic People’s Republic of Korea
25. Oman
26. Pakistan
27. Palestine/Israel
— — Gaza Strip/Genting Gaza
— — Tel Aviv
— — West Bank/Tebing Barat
— — — Jerusalem/al-Quds/Baitulmaqdis
28. Philippines/Filipina
— — Mindanao
29. Qatar
30. Saudi Arabia/Arab Saudi
— — Madinah/Medina
— — Makkah/Mecca
— — — Mount Arafat/Jabal ar-Rahmah
31. Singapore/Singapura
32. South Korea/Republic of Korea
33. Thailand/Siam
— — Narathiwat
— — Pattani
— — Phuket
— — Satun
— — Songkhla/Singgora
— — Surin Islands
— — Yala
34. Vietnam
35. Sri Lanka/Ceylon
36. Syria/Syam
37. Taiwan/Republic of China/Formosa
— — Kinmen/Quemoy
— — Matsu Islands
— — Penghu/Pescadores Islands
— — Taipei
38. Tajikistan
39. Turkmenistan
40. United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu
— — Abu Dhabi
— — Dubai
41. Uzbekistan
42. Yemen/Yaman

— Aegean Islands (Greece)
— Christmas Island (Australia)
— Cocos Islands/Keeling Islands (Australia)
— British Indian Ocean Territory/Chagos Islands (United Kingdom)
— — Diego Garcia (United States)
— Near Islands (United States)
— St. Lawrence Island (United States)
— Spratly Islands/Gugusan Semarang Peninjau
— — Pulau Layang-Layang/Swallow Reef (Malaysia)
— — Terumbu Laya/Dallas Reef (Malaysia)
— — Terumbu Mantanani/Mariveles Reef (Malaysia)
— — Terumbu Peninjau/Investigator Shoal (Malaysia)
— — Terumbu Semarang Barat Kecil/Louisa Reef (Malaysia)
— — Terumbu Siput/Erica Reef (Malaysia)
— — Terumbu Ubi/Ardasier Reef (Malaysia)

EUROPE/EROPAH [50]

Western Europe/Eropah Barat
Northern Europe/Eropah Utara
Eastern Europe/Eropah Timur
Southern Europe/Eropah Selatan

1. Albania
2. Andorra
3. Armenia
4. Austria
5. Azerbaijan
— — Nagorno-Karabakh
6. Belarus
7. Belgium
8. Bosnia and Herzegovina
9. Bulgaria
10. Croatia
11. Cyprus
— — Akrotiri and Dhekelia (United Kingdom)
— — Northern Cyprus
12. Czech Republic
13. Denmark
— — Faroe Islands
— — Jutland/Jylland
14. Estonia
15. Finland
— — Aland Islands
16. France/Perancis
17. Georgia
— — Abkhazia
— — South Ossetia
18. Germany/Jerman
19. Greece/Yunani
— — Mount Athos
20. Hungary
21. Iceland
22. Ireland
23. Italy
— — Pontine Islands
— — — Ponza
— — Sicily
— — — Palermo
— — Venice
24. Kosovo
25. Latvia
26. Liechtenstein
27. Lithuania
28. Luxembourg
29. Macedonia
30. Malta
31. Moldova
— — Transnistria
32. Monaco
33. Montenegro
34. Netherlands/Belanda
35. Norway
— — Jan Mayen
— — Svalbard
36. Poland
37. Portugal/Peringgi
38. Romania
39. Russia
— — Chechnya
— — Dagestan
— — Siberia
— — — Big Diomede Island/Diomede Islands
— — Tatarstan
40. San Marino
41. Serbia
42. Slovakia
43. Slovenia
44. Spain/Sepanyol
45. Sweden
46. Switzerland
47. Turkey
48. Ukraine
— — Crimea
— — Donetsk
49. United Kingdom
— — England
— — — London
— — — — Islington
— — Gibraltar (United Kingdom)
— — Guernsey
— — Isle of Man
— — Jersey
— — Northern Ireland
— — Principality of Sealand (United Kingdom)
— — Scotland
— — Wales
50. Vatican City/Holy See

NORTH AMERICA [23]

Northern America/Amerika Utara
Central America/Amerika Tengah
Caribbean/Kepulauan Karibia

1. Antigua and Barbuda
2. Bahamas/The Bahamas
3. Barbados
4. Belize
5. Canada
— — Quebec
— — — Ile d’Orleans
6. Costa Rica
7. Cuba
8. Dominica
9. Dominican Republic
10. El Salvador
11. Grenada
12. Guatemala
13. Haiti
14. Honduras
15. Jamaica
16. Mexico
17. Nicaragua
18. Panama
— — Culebra
19. Saint Kitts and Nevis
20. Saint Lucia
21. Saint Vincent and the Grenadines
22. Trinidad and Tobago
23. United States
— — Alabama
— — Alaska
— — — Little Diomede Island/Diomede Islands
— — Arizona
— — Arkansas
— — California
— — Colorado
— — Connecticut
— — Delaware
— — Florida
— — Georgia
— — Hawaii
— — Idaho
— — Illinois
— — Indiana
— — Iowa
— — Kansas
— — Kentucky
— — Louisiana
— — Maine
— — — Monhegan Island
— — Maryland
— — Massachusetts
— — Michigan
— — Minnesota
— — Mississippi
— — Missouri
— — Montana
— — Navassa Island (United States)
— — Nebraska
— — Nevada
— — New Hampshire
— — New Jersey
— — New Mexico
— — New York
— — North Carolina
— — North Dakota
— — Ohio
— — Oklahoma
— — Oregon
— — Pennsylvania
— — Puerto Rico (United States)
— — Rhode Island
— — South Carolina
— — South Dakota
— — Tennessee
— — Texas
— — United States Virgin Islands (United States)
— — — Water Island
— — Utah
— — Vermont
— — Virginia
— — Washington
— — West Virginia
— — Wisconsin
— — Wyoming

— Anguilla (United Kingdom)
— Bermuda (United Kingdom)
— British Virgin Islands (United Kingdom)
— Cayman Islands (United Kingdom)
— Montserrat (United Kingdom)
— Turks and Caicos Islands (United Kingdom)
— Aruba (Netherlands)
— Bonaire (Netherlands)
— Curacao (Netherlands)
— Saba (Netherlands)
— Sint Eustatius (Netherlands)
— Sint Maarten (Netherlands)
— Azores (Portugal)
— Greenland (Denmark)
— Guadeloupe (France)
— — Terre-de-Haut
— Martinique (France)
— Saint Barthelemy (France)
— Saint Pierre and Miquelon (France)
— Saint-Martin (France)

OCEANIA/AUSTRALASIA [15]

Melanesia
Micronesia
Polynesia

1. Australia
— — Ashmore and Cartier Islands
— — Coral Sea Islands
— — Norfolk Island
— — Tasmania
— — — Hobart
2. Fiji
— — Rotuma
3. Kiribati
4. Marshall Islands
5. Micronesia/Federated States of Micronesia
— — Yap
6. Nauru/Pleasant Island
7. New Zealand
— — Cook Islands
— — Niue
— — Tokelau
8. Palau
9. Papua New Guinea
10. Samoa
11. Solomon Islands
12. Timor-Leste/East Timor
13. Tonga
14. Tuvalu
15. Vanuatu

— American Samoa (United States)
— Baker Island (United States)
— Guam (United States)
— Howland Island (United States)
— Jarvis Island (United States)
— Johnston Atoll (United States)
— Kingman Reef (United States)
— Midway Atoll/Midway Islands (United States)
— Northern Mariana Islands (United States)
— Palmyra Atoll (United States)
— Wake Island (United States)
— Clipperton Island (France)
— French Polynesia/Tahiti (France)
— — Fakarava
— New Caledonia (France)
— Wallis and Futuna (France)
— Pitcairn Islands (United Kingdom)

SOUTH AMERICA [12]

1. Argentina
2. Bolivia
3. Brazil
4. Chile
— — Easter Island
5. Colombia
6. Ecuador
7. Guyana
8. Paraguay
9. Peru
10. Suriname
11. Uruguay
12. Venezuela

— Falkland Islands/Islas Malvinas (United Kingdom)
— South Georgia and the South Sandwich Islands (United Kingdom)
— French Guiana/Guyane (France)

TOTAL NATIONS: [196]

Saturday, 25 November 2017

Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh Dididik?

Sejarah mengenai Sultan Murad II yang memerintah kerajaan Uthmaniah sangat menarik.. Seorang yang warak dan yang ingin merealisasikan hadith Rasulullah saw “Konstatinople akan ditakluki oleh orang Islam. Raja yang menaklukinya adalah sebaik2 raja dan tentera mereka adalah sebaik2 tentera.” 
 
Sejak zaman Rasullullah SAW lagi setiap khalifah mempunyai cita2 sedemikian. Namun siapalah yang mampu melakukannya kerana perbandingan Konstatinople dan Mekah waktu itu seolah perbandingan antara Malaysia dan Amerika ketika ini. 
 
Saiyidina Abu Ayub Al Ansari yang juga mempunyai cita2 sedemikian hanya mampu berwasiat agar kalau beliau meninggal dapat dikuburkan di bawah kota itu supaya rohnya nanti dapat mendengar tapak kaki kuda tentera Islam yang berperang menawan kota itu.
 
Impian Sultan Murad II meleset kerana apabila ulama yang menjadi penasihat agamanya membawanya ke pasar dia melihat sendiri keadaan rakyat yang banyak melakukan penipuan dalam jualbeli. Baginda sedar baginda bukanlah sebaik2 raja dan tidak layak menjadi penakluk kota itu. 
 
Namun baginda memasang tekad agar baginda mempunyai anak lelaki yang mampu mencapai impiannya. Harapannya cerah apabila isterinya memberitahu yang dia sedang hamil. Berdoalah sang raja siang dan malam agar anak yang bakal lahir itu seorang lelaki yang bakal menjadi orang disebutkan dalam hadith. 
 
Bukan sekadar berdoa, baginda terus melakukan perancangan untuk si anak itu. 
1. Anak itu perlu diberi nama yang baik, maka disediakan nama Muhammad 
2. Anak itu perlu dididik dengan ilmu agama, maka seorang pakar agama sudah disediakan 3. Anak akan diajar pelbagai ilmu, maka disediakan guru sains dan matematik 
4. Anak akan diajar ilmu peperangan, maka dia diajar memanah dan menunggang kuda dengan orang yang pakar. 
5. Anak itu akan dibesarkan dalam suasana yang memberangsangkan jiwanya menjadi seorang yang hebat. Si anak lahir dan disambut dengan segala persiapan untuk menjadikannya bakal seorang Raja dan panglima perang yang akan menakluki Konstatinople. 
 
Ketika usia anak yang tengah nakal, sampailah masanya ia terpaksa diserahkan kepada guru untuk diasuh dan keluar dari kemewahan istana. Siibu hanya mampu menyapu air mata melepaskan anak kesayangan. Guru meletakkan syarat, ia akan mengasuhnya sebaik mungkin dengan syarat sang raja tidak campur tangan dalam apa saja yang dilakukannya kepada si anak. 
 
Maka anak itu dipukul apabila bersalah tanpa membezakannya dengan layanan kepada kanak2 rakyat biasa. Kenakalannya yang luar biasa, sebagai seorang putera raja sudah tentu memerlukan proses yang luar biasa yang kerana itulah sang guru terpaksa memukul dan memukul bagi menjinakkannya. Si anak yang memang sudah sedia bijak akhirnya akur dengan disiplin sang guru. 
 
Dia cepat menerima setiap ilmu yang diajar. Dalam usia yang kecil dia sudah hafaz Al-Quran, menguasai ilmu sains dan matematik dan sangat hebat dengan kemahiran memanah dan menunggang kuda. Pada usia 9 tahun ia dibawa ke medan perang dan belajar teknik2 peperangan dari para panglima perang ayahnya. Setiap hari perbualannya hanyalah berkitar tentang citanya2 untuk menakluki kota impian, Konstatinople. 
 
Si ayah tersenyum syukur, anak yang diasuh sudah hampir mendekati impiannya. Si ayah tiba2 mangkat sebelum sempat melihat impiannya tercapai. Muhammad yang masih muda mengambilalih takhta menjadi Sultan kerajaan Uthmaniah yang agung itu. 
 
Suatu hari baginda pergi meninjau keadaan rakyatnya di pasar2 bersama gurunya. Baginda amat puas hati dengan keadaan rakyatnya. Gurunya berkata, rakyat baginda dalam keadaan baik kerana baginda adalah seorang pemerintah yang baik. Baginda memeriksa keadaan tenteranya2. Baginda dapati mereka adalah tentera yang warak. Mereka bertahajud waktu malam dan berlatih dengan hebat waktu siang. Mereka sangat kuat. 
 
Gurunya mengatakan bahawa sudah tiba masanya apa yang disebutkan oleh Rasulullah akan kemunculan “Raja yang hebat, tentera yang hebat dan rakyat yang hebat”. Bagindalah orangnya. Dalam usia 21 tahun langkah mengatur strategi penaklukan dimulakan dengan membina tembok besar untuk menghalang musuh apabila mereka hendak menyerang kota itu. Strategi yang sangat bijak dan mengkagumkan. Serangan dimulakan dengan hebatnya menyebabkan seluruh negara yang berhampiran kecut perut mendengar gemuruhnya bunyi bedilan tentera Islam. 
 
Dikatakan tentera Islam seramai 20 ribu orang berjaya membawa meriam seberat 700 tan ke darat. Secara logiknya tidak mungkin ia boleh dilakukan kalau bukan dengan kehebatan tekad tentera2 itu dan bantuan dari Allah. Panglima yang membawa bendera Islam sempat mencacakkan bendera itu disebuah bukit. Sejurus setelah bendera itu tercacak, beberapa batang anak panah musuh tiba2 menikam dada dan tubuh tentera itu dan beliau syahid dengan serta merta. 
 
Konstatinople akhirnya ditawan oleh Sultan Muhammad. Kerajaan Byzantine yang angkuh itu buat pertama kalinya runtuh. Laungan suara “Allahu Akbar!!……Allahu Akbar!!!” bergema di kota itu dan baginda solat syukur dengan tenteranya2. 
 
Sebelum mendirikan solat baginda bertanya kepada gurunya siapakah yang akan menjadi imam. Gurunya berkata, “Pilih imam di kalangan kamu, iaitu orang yang paling warak di antara semua tentera.” Baginda bertanya,”Bagaimana untuk menentukan siapakah yang paling warak.” Sang guru menjawab,”Suruhlah semua tentera berdiri dan tanyalah amalan2 mereka.” 
 
Baginda mengikut arahan guru lalu berkata. “Wahai tenteraku, siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat, silakan duduk.” Tiada seorangpun yang duduk. Baginda bertanya lagi,”Siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajud, sila duduk” Sebahagian tenteranya duduk. 
 
Baginda bertanya lagi,”Siapakah di antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk” Semua tenteranya duduk dan baginda seorang yang berdiri kerana baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan rawatib dalam hidupnya. Maka guru baginda berkata,”Tuankulah yang paling layak mengimamkan solat ini". 
 
Baginda mengimamkan solat penuh syukur berjaya mencapai bukan saja impian ayahnya tetapi Ummat Islam keseluruhannya selepas 800 tahun Rasullulah menyebutnya. Muhammad Al-Fateh Raja yang hebat dengan tentera yang hebat dengan ilmu, peribadi dan ketaqwaan akhirnya menukarkan Konstantinople kepada Islambol (rumah orang Islam). 
 
Baginda kemudian diberi gelaran Muhammad Al Fateh (Pembuka). Kemudian baginda pergi ke gereja Hagia Sophia dan melihat rakyat yang menangis ketakutan. Baginda menenangkan mereka dan berjanji untuk menjaga keselamatan mereka. Maka ramailah rakyat Islambol memeluk Islam kerana tertarik dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad Al Fateh serta orangnya2. 
 
Akhirnya gereja Hagia Sophia yang gah itu ditukar menjadi masjid hinggalah ke hari ini. Cerita ini sepatutnya membuatkan kita merenung kembali cita2 kita untuk menjadi ibu bapa kepada anak2 yang hebat. Semua orang mempunyai cita2 sedemikian. Tapi mungkin kita tidak punya strategi sehebat Sultan Murad yang amat fokus dengan cita2 untuk menjadikan anaknya penakluk Konstantinople, sehingga fokus itu menjadi fokus si anak juga. Hadith yang berupa janji Rasulullah saw bahawa Konstanstinapole akan dibuka oleh Raja yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik menjadi sumber inspirasi menaikkan semangat perjuangan mereka.
 
Sultan Murad berjaya menjadikan si anak begitu berazam dengan meletakkan cita2 itu perkara utama dalam kehidupan seharian. Itulah satunya2 cita2 Muhammad yang masih muda tanpa ada cita2 yang lain dalam kepalanya kecuali menjadi hamba Allah yang taat. Impian tidak bererti kalau tidak ditukarkan kepada cita2 dan cita2 tidak bererti tanpa dirancang dengan teliti dan rancangan tidak akan bererti tanpa tindakan yang sempurna dengan penuh bijaksana. Segalanya2 tidak bererti jika tidak disandarkan kepada Allah Yang Maha Kuasa dan dengan keberkatan para kekasih Allah. Masya Allah…….!!!!

PERASMIAN WEB BLOG GARIS MASA MENGENAL DIRI


Alhamdulillah! 
Segala puji bagi Allah yang maha kuasa, maha segala-galanya. 
Selawat dan Salam buat Rasulullah SAW, para sahabat, 
kaum keluarga Baginda.

Dengan keberkatan mursyid 
dan para Pemimpin Hati, pada hari ini diresmikan WEB BLOG 
GARIS MASA MENGENAL DIRI ini untuk menjadi
sebuah platform menelusuri sejarah dunia dan sejarah Islam; 
Web blog GARIS MASA MENGENAL DIRI ini
 telah diresmikan oleh 
YDB TUAN DATO PENGERAN NASIRUDDIN MOHD ALI 
- PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT GISBH 
pada hari ini 25 November 2017 
bersamaan 
hari lahir YDB Tuan Dato Pengeran Nasiruddin sendiri. 
Semoga dengan keberkatan semuanya
 dipermudahkan dan berjalan lancar
.

Apa Yang Kita Dapatkan Dengan Belajar Sejarah?


SEJARAH selalunya berulang. Dan seterusnya akan berulang. Pengalaman hidup manusia di satu abad, akan dirasai juga oleh orang yang hidup di abad berikutnya. Demikian juga dengan generasi yang akan datang, akan turut juga mengalami apa yang dialami oleh orang sebelumnya. Demikianlah sunnatullah. Bahawa bermula, berkembang, membangun, menurun dan jatuhnya sesuatu kaum adalah berpunca dan bersebab. Dan kalau punca dan sebab yang sama berlaku pada satu generasi yang bangun di abad mana sekalipun, nescaya nasib yang sama akan dirasainya. Sebab, jatuh bangunnya sesuatu bangsa adalah mengikut kaedah atau prosedur yang tertentu. Yang mana kalau prosedur yang sama diikuti oleh satu bangsa lain, nescaya sejarah yang lalu berulang untuk bangsa yang kemudian itu.

Demikianlah yang sedang berlaku kini, sebenarnya telah beberapa kali berlaku dalam sejarah oleh generasi-generasi sebelum ini yang berlainan bangsa dan keturunan mereka.

Apa Yang Kita Dapatkan Dengan Belajar Sejarah?

Syaikh Hasan bin Abdillah Ali Syaikh berkata, “Sejarah tempat belajar para generasi. Di sana orang-orang yang hidup belajar apa yang bermanfaat bagi mereka dan belajar apa yang berbahaya untuknya agar ia dapat menghindar darinya. Sejarah adalah jembatan yang menyambungkan masa lalu dan kini.” (Sebuah Pengantar dalam kitab ‘Unwan al-Majd’)

Belajar Sejarah Apa Salahnya?

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ

“Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Qur’an ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui.” (Surat Yusuf: 3)

Dalam firman-Nya yang lain:

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأولِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Surat Yusuf:111)

Bangsa Yang Agung Itu Belajar Dari Sejarah

 "Kalaulah manusia di dunia ini merasakan satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung (memang begitulah keadaan manusia hakikatnya), sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerjasama"            - Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad  
 
Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan pada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempah sejarah dan yang mahu mempelajari daripada sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari sejarah atau tidak mengambil iktibar daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita. Daripada sejarah juga kita dapat menginsafi kedudukan kita di dalam sejarah kemanusiaan dan alam semesta. Sejarah akan memberi kita tenaga dan landasan di dalam menempa dan membentuk tamadun baru. 
Menurut sejarah, England adalah negara yang paling rakus menjajah negara-negara umat Islam dahulu. Lebih 90% daripada negara-negara di dunia yang pernah dijajah barat adalah di bawah penguasaan England. Bakinya 10% dikongsi bersama oleh Perancis, Belanda, Jepun, Sepanyol, Itali dan lain-lain. Negara yang dijajah England atau British sekarang dikenali sebagai negara-negara Commonwealth.

Sebahagiannya adalah negara-negara umat Islam. Bayangkan kekayaan yang berjaya mereka kumpulkan. Seluruh hasil bumi, bahan mentah dari negara tersebut diangkut ke negara mereka. Apa yang paling mahal dan berharga ialah intan permata dan emas. Banyak pula artifak sejarah yang dirampas mereka. Mereka membongkar tempat-tempat simpanan khazanah harta negara yang dijajah, menyelongkar semua sudut istana-istana raja yang diceroboh. Semuanya dikumpulkan di negara mereka. Kita boleh menyaksikan sebahagian kecil daripadanya di muzium-muzium negara mereka. Atas nama penjajahan, mereka benar-benar mengaut seluruh khazanah milik negara-negara yang dijajah mereka.

Bersumberkan kekayaan dan hasil bumi tanah jajahannya itulah mereka membangunkan era 'Renaissance' di kurun 14 ke 16 masehi. Yang diangkut dari negara-negara Islam yang dijajah mereka bukan sekadar intan berlian serta emas permata tetapi adalah ratusan ribu kitab-kitab karangan para ulamak Islam di dalam pelbagai bidang kehidupan. Dunia ditipu oleh mereka dengan mengatakan mereka penemu dan pengasas pelbagai teori ilmu-ilmu baru dalam segenap bidang. Hakikatnya itu semua adalah hak umat Islam yang telah mereka rampas dan curi. bahkan dipatenkan pula semua yang mereka dapatkan dengan cara tidak bermaruah itu untuk mengekalkan ianya sebagai milik mereka. 

Tidaklah kita kesalkan itu semuanya kerana sudah ditentukan Tuhan sebagai proses perjalanan pertukaran tamadun dan pergiliran penguasaan bangsa di atas muka bumi. Tuhan pergilirkan sebagai balasan kepada beberapa kelompok bangsa dan memberi peluang pula kepada bangsa yang lain menjadi penguasa dunia. Terhadap umat Islam sememangnya sudah ditentukan, Islam hanya dapat bertahan di zawiah sufi dan pusat-pusat pengajian Islam sepanjang ratusan tahun. 
Bara api Islam hanya dapat bertahan dari sudut ibadah di masjid-masjid, zikir dan pengajian agama sahaja. Islam tidak mampu bangkit sebagai satu power yang membina empayar baru sebaliknya umat Islam di jajah, Islam dilihat hanya agama yang mundur dan lemah tidak berdaya. Demikianlah penjajahan ratusan tahun itu, memungkinkan barat mencatur negara yang dijajah, menyusun strategi mengubah hati dan pemikiran umat Islam mengejar dunia dan melupakan agama serta akhirat. Bangsa barat menjarah negara umat Islam demi penyebaran agama mereka dan menerapkan atau memaksakan sistem hidup mereka untuk diikuti oleh anak negeri yang dijajahnya terutama umat Islam.

Di negara mereka, para penjajah dan perompak ini menyelak helaian kitab-kitab khazanah pengetahuan umat Islam yang dirampas. Kitab-kitab ini lalu diterjemahkan, dikaji, diteliti dan diambil teorinya tanpa rasa malu. Terlalu banyak benda baru yang mereka temukan. Begitu banyak rahsia ilmu Islam yang dianugerahkan Tuhan kepada para ulamak Islam yang dibongkar mereka. Mereka mendapat cara membuat kompas dan pelbagai ilmu pelayaran, mengenal teori astronomi, teori perubatan, pembedahan, biologi, fizik, kimia, matematik dan sebagainya.

Kita tidak perlu sedihkan apa yang terjadi. Tuhan telah menghendaki demikian sebagai pengajaran untuk kita semua. Tuhan membiarkan umat dan empayar Islam dikeronyok musuh kerana memberi pengajaran kepada mereka serta memberi peringatan kepada kita. Jika kita ingin membangun atas nama Islam, atau ingin membina tamadun Islam kita jangan mengulangi kesilapan umat Islam terdahulu. Jika Islam dibangunkan secara lahiriah semata-mata tanpa membina jiwa umat untuk mempunyai rasa cinta dan takutkan Tuhan, segala keruntuhaan akan kembali berulang di zaman kita.

Islam mesti dibina bermula dengan pembinaann ruh umat. Maksudnya para pemimpin umat Islam mesti mendapatkan hati yang khusyuk dengan Tuhan terlebih daahulu. Rakyat dan pengikut akan mudah dibawa hati mereka kepada Tuhan jika pemimpin dapat menghayatinya terlebih dahulu. Tetapi prosesnya mesti dimulakan dengan sembahyang yang agung barulah peribadi agung dapat dilahirkan. Malangnya hari ini mana ada jemaah Islam yang serius memperkatakan tentang sembahyang sebagai sumber kekuatan umat Islam. Para pejuang lebih gemarkan seminar undang-undang Islam sehingga melambat-lambatkan sembahyang yang asas. Perkara yang wajib dan utama diketepikan manakala perkara sampingan pula yang diutamakan.

Kita sepatutnya sedang dididik untuk melakar sejarah baru bagi umat Islam. Apa yang berlaku di dalam masyarakat Islam sepatutnya adalah beratus kali ganda kesannya daripada apa yang musuh Islam lakukan. Kita sepatutnya dibina untuk memiliki cita-cita menjadi pembangun empayar tetapi masa yang sama hati kita diasak untuk memiliki rasa hamba. Rasa hamba adalah syarat sesuatu bangsa itu akan diberi peluang menguasai dunia. Inilah yang berlaku kepada para sahabat. Mereka menangis bimbangkan nasib diri masing-masing ketika menyambut kemenangan. 
Sy omar Al-Khattab masuk ke Baitul Maqdis ketika kemenangan umat Islam menguasai dengan keadaan menundukkan kepalanya tanda malu dengan Allah. Ketika berucap kepada tentera Islam yang berjaya mengambil kembali kota Jerusalem tanpa pertumpahan darah, Sy Omar mengingatkan mereka tentang 'menjaga hati'. Katanya; “Wahai para hadirin, perbaikilah apa-apa yang tersembunyi di dalam hati kamu semua, nescaya akan jadi baiklah apa-apa yang nampak di luar diri kamu dan beramallah untuk akhirat kamu semua nescaya akan dicukupkan urusan dunia kamu."

Marilah kita menyiapkan hati-hati kita seperti generasi salafussoleh disiapkan oleh para pemimpin di zaman mereka.