Kita diajar untuk mempercayai adanya zaman batu, adanya teori evolusi dan hanya kebelakangan ini sahaja kita baru mengecapi nikmat hidup di dunia yang serba moden. Ada internet, ada kapal terbang, ada makanan segera, ada ubat2 moden, ada kemudahan tenaga elektrik dan lain2. Dulu2 manusia hanya duduk di gua2, memakai baju2 yang diperbuat daripada kulit haiwan, buta ilmu dan tidak pandai berkomunikasi baik secara tulisan mahupun pertuturan. Benarkah begini?
Sebenarnya manusia telah lama
moden semenjak Nabi Adam a.s. diturunkan lagi. Manusia2 telah lama melalui
zaman moden mengikut tahap dan keupayaan generasi masing2 dan dihancurkan berkali2.
Mengenali rasul2 utusan Allah
bererti mengenali garis masa tamadun2 manusia. Sesetengah daripada tamadun2 ini
jauh lebih moden daripada keadaan kita sekarang ini. Berikut adalah garis masa
tamadun2 tersebut.
1. Nabi Adam
Alaihissalam.
Isterinya Hawa. Pada mulanya
tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke alam Duniawi.
2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30
suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama memajukan ilmu menulis,
membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.
3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri
Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya
yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.
4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh.
Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan
kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.
5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh
daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam.
Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari
langit.
6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh.
Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan
‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan kuat berfikir.
7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim
Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan).
Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan
batu yang membinasakan mereka.
8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim
Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami
Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.
9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim
Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel.
Dimakamkan di Hibrun, Palestin.
10 Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak
Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada
penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi
Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.
11 Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub
Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf,
penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat
kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.
12 Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak
Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang
bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan
mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman
yang teguh.
13 Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam.
Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama
baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda
banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.
14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth
Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap
mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka
dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.
15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub
Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri
Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam
Laut Merah. Dikurniakan kitab Taurat (Torah).
16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa
Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.
17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak.
Dikurniakan kitab Zabur. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh
melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan
bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sama puteranya Nabi
Sulaiman.
18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul
dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa
binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis,
kemudian berkahwin dengannya.
19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan
kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah
kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau yang hebat
selama 3 tahun.
20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas.
Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah
baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan
melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.
21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang
menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya,
baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut
mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi
mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun
(paus). Kemudian Baginda kembali meneruskan tugas setelah keluar daripada perut
ikan nun.
22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman.
Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya
dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda
dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar
Maryam, ibu Nabi Isa.
23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria.
Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa,
berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang
kejam demi mempertahankan hukum Allah.
24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril
telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika
masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan dikurniakan kitab Injil. Bani
Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah
mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran di
akhir zaman.
25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail.
Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika
berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima
ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.
Dikurniakan kitab Al-Quran.
Lima rasul yang mendapat
gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat
berbanding rasul2 lain dalam menyampaikan dan menegakkan agama Allah ialah:
1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu ‘alaihi
wasallam
Inilah sebenarnya garisan masa
tamadun2 yang wajar dikaji. Sesetengah tamadun2 ini telah dibinasakan dan
sesetengahnya diazab kerana perlakuan melampau tamadun masing2. Semoga bermanfaat difikir kan.
No comments:
Post a Comment