Penemuan
Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS
Friday,
September 17, 2010
Aktiviti
eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak
manusia bersaiz raksasa yang sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab
selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab
al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco
Exploration.
Sebegaimana
yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan
manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ
untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi
dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka
dari umat yang lain, mereka berubah menjadi umat yang menderhaka Tuhan,
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka
kemudian diseksa oleh Allah SWT.
Para
Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud
tersebut. Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah
menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi
kecuali para pegawai eksplorasi Aramco. Ada sesetengah pihak yang cuba
menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super
impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang
mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk.
Penemuan
Arkeologi di Kota Iram.
Pada
awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang
terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah
Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis
di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah
kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang
sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al
Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak mungkin
akan dapat ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan
ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi,
membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas
Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam
Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari
berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama
penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis
oleh seorang pengkaji sejarah Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932.
Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang
sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut
daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan
menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20. Semua nama tersebut
bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di
daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung
pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu? Keberuntungan mereka sebahagian
berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam
perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung
Arab. Di samping itu, orang-orang yang tinggal di daerah ini menghasilkan dan
mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka.
Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa
dalam berbagai upacara keagamaan. Pada ketika itu, tanaman tersebut
sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas
memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang
lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang
dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku
Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah
tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan
pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar
kuno Ubar.
Thomas,
yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang
tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp
membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat
yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa
Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut.
Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa
untuk mengambil gambar daerah tersebut.
Clapp
meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan
Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah
tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya
adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada
tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di
daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut. Sementara itu,
beliau menerima khabar bahawa NASA telah mengambil gambar seperti yang
dikehendaki. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat,
suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat
sebagai satu kesatuan dari luar angkasa.
Dengan
membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp
menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan
pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari
jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang dikenal pasti dahulunya
merupakan sebuah bandar. Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek
cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian
bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.
Demikianlah,
bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang
Pasir". Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad
yang disebutkan dalam Al Quran? Sebaik runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui
bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram
yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali
terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.
Dr.
Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa
kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana
Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti
terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad
yang disebutkan dalam Al Quran: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana
Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai
bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti
itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
No comments:
Post a Comment